Monday, 23 February 2015

Mencari Pembekal Tshirt M7 Original

Hai selamat pagi semua.

Pagi ni nak kongsi sikit cerita tentang tshirt M7 original. Ramai pengguna suka memakai tshirt tersebut tidak kira lelaki mahupun wanita. Selalunya, yang membeli tshirt M7 ni terdiri daripada ahli kelab kereta atau kelab pemotoran. 

Untuk mencari pembekal tshirt M7 original sangat mudah kerana anda boleh melayari laman web www.jopana.my. Di laman web tersebut, anda boleh melihat pelbagai jenis tshirt M7 dan mengikut saiz yang anda inginkan.

Jika anda ingin membeli tshirt M7, saya sarankan anda membeli tshirt M7 original berbanding tshirt M7 tiruan kerana jenis kain tshirt M7 original tahan lama dan tidak cepat lusuh. Dari segi harga pula, harga tshirt M7 original berpatutan mengikut jenis kain yang digunakan.


Contoh Tshirt M7 Original




Wednesday, 18 February 2015

Jaket Motor Atau Baju Sejuk ?

Anda suka memakai jaket motor atau baju sejuk ketika menunggang motor? Kebanyakkan penunggang motosikal lebih gemar memakai baju sejuk bagi pendapat saya berbanding jaket motor. Bagi penunggang motosikal mereka anggap baju sejuk senang di pakai dan ringan. Ia sesuai di pakai untuk pergi kerja, sekolah, dan lain-lain.






Jaket motor ini, agak berat dan ia sesuai di pakai ketika jalan jauh. Tetapi ada juga orang pergi kerja pakai jaket motor ni. Terpulang kepada citarasa masin-masing dan pilihan setiap individu. Sebenarnya, banyak kelebihan apabila kita memakai baju sejuk atau jaket motor ini ketika menunggang motosikal.

Anda boleh mendapatkan jaket motor ini di kedai motor sahaja, manakala baju sejuk pula boleh dapat  di mana-mana kedai baju biasa. Dari segi harga pula, kebiasaanya jaket motor lebih mahal berbanding baju sejuk kerana jenis kain jaket motor yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Ia juga, jenis kain yang kalis air dan bila musim hujan ia tidak meresap air hujan yang turun.



Tuesday, 17 February 2015

Jaket Kulit Sesuai Ketika Menunggang Motosikal

Bila kita pergi jalan jauh dengan menunggang motosikal kita memerlukan jaket yang sesuai supaya kita berada keadaan yang selesa. Selalunya, kelab motor berkuasa tinggi kerap membuat konvoi apabila musim cuti. Antara pakaian yang sesuai yang mereka perlu ada ialah jaket kulit, sarung tangan, helmet yang sesuai dan lain-lain. Pakaian ini diperlukan bagi keselamatan diri supaya dapat mengelakkan kecederaan apabila berlaku kemalangan. 


Contoh Jaket Kulit



Jaket kulit ini sesuai dipakai untuk lelaki mahupun wanita. Jadi, jangan heran kalau wanita pakai jaket kulit ini ketika menunggang motosikal. Jaket ini boleh didapati di kedai yang menjual pakaian motor dan pelbagai jenis barang motor yang boleh anda dapat di situ. 

Sebagai penunggang motosikal, kita perlu mengambil tahu tentang kebaikan pakaian motor ini agar kita di jauhkan kemalangan. Anda pernah terfikir jika anda tidak memakai jaket ketika menunggang? Jadi, fikir-fikirkan la jika anda tidak memakai jaket ketika menunggang. Jika anda tidak suka kepada jaket kulit tidak mengapa, kerana banyak lagi jenis jaket lain yang sesuai untuk di pakai. 

Tips Pakaian Penunggang Motosikal :

  1. Warna pakaian yang cerah
  2. Memakai seluar panjang
  3. Sarung tangan 
  4. Topi keledar
  5. Kasut bertutup (elakkan memakai kasut tinggi bagi wanita)



Monday, 16 February 2015

Sedang Mencari Barang Motor/Baju Motor ?

Zaman sekarang semua dihujung jari, senang dan mudah. Sedangkan makanan pun ada penghantaran sampai ke rumah apa lagi kalau barang lain seperti baju, kasut, dan lain-lain. Sebut tentang penghantaran ni, saya berminat nak tempah barang motor/baju motor  online. Maklumlah, sibuk bekerja sampai tiada masa untuk mencari di kedai. 

Saya ada terjumpa satu laman web ni, dia ada jual barang motor/baju motor tetapi saya kurang berpuas hati tentang harganya yang sangat tinggi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mencari laman web lain dan akhirnya terjumpa juga iaitu www.jopana.my. Setelah melihat laman web tersebut, saya berpuas hati kerana harga yang ditawarkan berpatutan.


Contoh Baju di Laman web www.jopana.my


Sebagai pelanggan dan pengguna, kita mahukan yang terbaik dan selasa apabila di pakai dan menggunakannya. Bukan mudah untuk mencari barang motor/baju motor mengikut citarasa sendiri tetapi kita sebagai pengguna perlu membuat pilihan yang tepat.




Saturday, 14 February 2015

Design Tshirt MotoGP 2014/2015

Semalam pergi kedai mamak, lepak dengan kawan-kawan lama. Dah lama tak jumpa, jadi set masa untuk lepak sama-sama sambil tu sembang kosong pekena pulak teh tarik dengan roti canai telur yang sedap. Ada seorang kawan saya ni, jadi pereka dekat sebuah syarikat pemotoran dan syarikat dia kerja adalah salah satu syarikat terbesar pemotoran malaysia.

Perkembangan terbaru sekarang, dia kena design tshirt motogp 2014/2015. Banyak jugak tempahan pelanggan yang dia terima. Memang tak menang tangan nak design tshirt-tshirt tempahan pelanggan. Jadi, dia menawarkan kerja dekat saya mana tahu berminat nak design tshirt tersebut. Gaji yang di tawarkan begitu lumayan.

Selalunya, pelanggan akan tempah tshirt motogp 2014/2015 bila musim perlumbaan motogp sudah dekat. Kebiasaanyan, bila tiba masa perlumbaan motogp, peminat akan memakai tshirt mengikut motogp yang diminati mereka. Tidak kira umur, yang muda mahupun yang tua semua turut hadir dalam perlumbaan motogp.



Contoh Tshirt Motogp Repsol


Banyak pengetahuan yang saya dapat dari kawan lama saya semalam tentang larisnya tshirt motogp 2014/2015 ini. Saya pun sudah fikir masak-masak untuk bekerja dengan kawan lama saya sebagai pereka tshirt motogp. Kalau anda berminat nak tempah tshirt motogp ini, boleh layari website www.jopana.my. Singgah tengok dekat website tu, mana tahu ada yang berkenanan di hati.







Friday, 13 February 2015

Dunia Pemotoran Malaysia

Bercakap tentang pemotoran malaysia ni mesti teringat kepada lelaki yang suka sangat pada dunia pemotoran. Kalau awak semua tengok, orang yang paling rapat dengan kita seperti teman lelaki, kawan lelaki atau anda sendiri yang meminati aktiviti permotoran mesti suka mengubah atau menambah aksesori pada motorsikal anda. Realiti yang kita boleh nampak memang macam tu, kan? Bila motosikal kita nampak cantik, kita rasa begitu semangat sekali apabila menunggangnya.

Bila musim cuti, ramai penunggang motosikal yang suka berkonvoi secara beramai-ramai menuju ke satu destinasi. Sebagai penunggang motosikal kita berasa seronok dapat bercuti dengan kawan-kawan dan menjelah ke tempat yang ingin di tuju. Lagi seronok bila kelab pemotoran malaysia menyediakan tshirt motor dan sesuai dipakai ketika berkonvoi.


Contoh Baju Pemotoran jenama Yamaha


Contoh Baju Pemotoran jenama Suzuki

Untuk menambah rasa semangat anda ketika menunggang motosikal anda, anda boleh memakai baju pemotoran malaysia seperti tshirt yamaha, suzuki dan macam-macam lagi yang boleh anda dapatkannya. Saya ada terjumpa satu laman web yang menjual baju-baju pemotoran iaitu www.jopana.my . Di sini terdapat pelbagai jenis tshirt pemotoran, untuk lelaki dan wanita.







Thursday, 12 February 2015

Okey Ke Kedai Baju Online Murah Ni ?

Hai selamat petang semua.

Petang-petang macam ni rasa nak kongsi cerita dekat awak semua tentang kedai baju online murah. Apa pendapat awak semua tentang kedai ni? berkualiti ke pakaian yang dia jual tu? ha kalau awak semua nak tahu baju  M7 lebih berkualiti dari segi jenis kain dia berbanding dari baju online yang kita sendiri tidak tahu kualiti kain dia macam mana.

Kebanyakkan orang zaman sekarang suka sangat beli baju, tudung, skrit, shawl dekat kedai baju online murah. Kita sebagai pelanggan mahukan jenis barang yang berkualiti dan tahan lama, betul tak? Dari segi harga pon kita boleh tengok sejauh mana kualiti baju tersebut. Sebagai pengguna kita perlu memilih yang terbaik dan bila kita memakainya terasa puas hati.

Kalau awak semua nak tahu, dekat pejabat saya ramai yang memakai baju M7 sebab kain dia yang berkualiti dan selesa apabila di pakai. Baju  M7 tidak dijual pada kedai baju online murah tapi dijual pada kedai tertentu sahaja dan dia boleh membeli secara online.



Contoh baju M7 yang selesa :)


Sampai sini sahaja la cerita yang nak dikongsi tu sebab saya nak balik rumah, waktu kerja sudah habis. Nanti ada cerita saya kongsikan lagi.