Jaket motor ini, agak berat dan ia sesuai di pakai ketika jalan jauh. Tetapi ada juga orang pergi kerja pakai jaket motor ni. Terpulang kepada citarasa masin-masing dan pilihan setiap individu. Sebenarnya, banyak kelebihan apabila kita memakai baju sejuk atau jaket motor ini ketika menunggang motosikal.
Anda boleh mendapatkan jaket motor ini di kedai motor sahaja, manakala baju sejuk pula boleh dapat di mana-mana kedai baju biasa. Dari segi harga pula, kebiasaanya jaket motor lebih mahal berbanding baju sejuk kerana jenis kain jaket motor yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Ia juga, jenis kain yang kalis air dan bila musim hujan ia tidak meresap air hujan yang turun.